Bantuan Kepada Mangsa Gempa Bumi di Yogjakarta

Tragedi gempa bumi yang menggegarkan Yogjakarta pada 27 Mei 2006 telah menyebabkan sekurang-kurangnya 3,000 orang terbunuh dan beribu-ribu lagi cedera.


Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Johor


Tragedi banjir yang melanda semua daerah di Johor dan daerah Jasin, Melaka telah menyebabkan 10,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan yang selamat. 

Ini menyebabkan kami terpanggil untuk menghulurkan bantuan setakat termampu. Alhamdulillah, sumbangan yang diperolehi telah kami gunakan sepenuhnya untuk membantu mangsa-mangsa banjir. 


Iftar Rakyat Perdana 2006

Satu Iftar Rakyat Perdana telah dianjurkan oleh BAKP bagi mendekati rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah. Setiap keluarga yang datang diberi sehelai kain pelikat, senaskah Al-Quran dan telekung sebagai sumbangan dari dana kami prihatin. Selain itu pelbagai booth telah didirikan untuk memberikan khidmat secara percuma kepada penduduk setempat.  


Program Rijal

Program Rijal adalah satu program tuisyen yang dikendalikan oleh BAKP. Ia merupakan satu program berkonsepkan kelas bimbingan akademik, kelas tuisyen & motivasi, kelas latihan pidato, sahsiah dan kepimpinan. 

Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga dalam sahsiah, pidato dan kepimpinan. Kami menjalankan kelas UPSR, PMR dan SPM pada setiap ISNIN, RABU dan JUMAAT  dari jam 8 malam hingga 10 malam. Mereka yang berminat untuk menghantar anak-anak ke program ini cuma dikenakan bayaran sebanyak RM15 sebulan. Dengan yuran yang berpatutan ini kami ingin memastikan semua pelajar akan berpeluang untuk menyertai program ini demi meningkatkan prestasi masa depan mereka.


Mesyuarat Bulanan

Kami mengadakan mesyuarat setiap bulan bagi memantau segala aktiviti yang telah dirancang supaya berjalan dengan lancar.



Jamuan Berbuka Puasa di Jalan Raja Laut

BAKP dgn Motto KAMI PRIHATIN telah mengadakan Jamuan Ihsan pada setiap petang Hari Jumaat di Jalan Raja Laut berhampiran dengan Bangunan PAS. Orang ramai yang terdiri dari warga atau kumpulan Mustadh'afin sekitar Jln Raja Laut tanpa mengira kaum dan agama telah mendapat munafaat dan memberi sambutan menggalakkan kepada program tersebut. 

Sempena Ramadhan, Jamuan Ihsan diteruskan dengan Jamuan Berbuka Puasa atau edaran bubur lambuk percuma pada setiap petang yang telah pun dimulakan oleh JK Bangunan. BAKP telah menaja JBP pada  18 Sept bersamaan 6 Ramadhan. 

Setiap petang sebanyak 300 bungkus bubur lambuk diedarkan dengan kosnya sebanyak RM450 sehari. Kos harian ini besar ertinya kepada BAKP yang tiada sumber perniagaan dan tidak mendapat sumbangan korporat. Oleh itu kami mengharapkan sumbangan individu atau syarikat2 swasta untuk menyumbang samada dalam bentuk zakat, fidyah sendiri, fidyah ibu-bapa mahupun sebagai infaq atau sedeqah Ramadhan. Infaq anda di Bulan yang penuh berkah ini akan diganjari berlipat kali ganda oleh Allah SWT sebagaimana janjiNYA.

 


Gerai Kami Prihatin

BAKP kerap kali mengambil inisiatif membuka gerai-gerai untuk mempromosikan barangan "Kami Prihatin". Hasil daripada jualan barangan tersebut akan dikembalikan ke Tabung Kami Prihatin untuk kegunaan aktiviti-aktiviti kebajikan di masa hadapan. 




Motivasi Menghadapi Peperiksaan

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya bertujuan untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Ia dianjurkan pada bulan Ogos 2008.


Khitan Perdana

Tarikh: 29 November 2008
Program ini telah dianjurkan bersama Pusat Khidmat DUN Lembah Jaya.


Himpunan Ibu Tunggal

Tarikh: 29 November 2008
Beberapa program himpunan ibu-ibu tunggal telah dianjurkan di Ampang, Pandan, Titiwangsa dan di DUN Dusun Tua (Hulu Langat)

© 2000 - 2009 powered by
www.doteasy.com