Jamuan Berbuka Puasa di Jalan Raja Laut

BAKP dgn Motto KAMI PRIHATIN telah mengadakan Jamuan Ihsan pada setiap petang Hari Jumaat di Jalan Raja Laut berhampiran dengan Bangunan PAS. Orang ramai yang terdiri dari warga atau kumpulan Mustadh'afin sekitar Jln Raja Laut tanpa mengira kaum dan agama telah mendapat munafaat dan memberi sambutan menggalakkan kepada program tersebut. 

Sempena Ramadhan, Jamuan Ihsan diteruskan dengan Jamuan Berbuka Puasa atau edaran bubur lambuk percuma pada setiap petang yang telah pun dimulakan oleh JK Bangunan. BAKP insyaAllah akan menaja beberapa hari dari JBP tersebut. Sebagai permulaan BAKP akan menaja JBP pada  18 Sept bersamaan 6 Ramadhan. 

Setiap petang sebanyak 300 bungkus bubur lambuk diedarkan dengan kosnya sebanyak RM450 sehari. Kos harian ini besar ertinya kepada BAKP yang tiada sumber perniagaan dan tidak mendapat sumbangan korporat. Oleh itu kami mengharapkan sumbangan individu atau syarikat2 swasta untuk menyumbang samada dalam bentuk zakat, fidyah sendiri, fidyah ibu-bapa mahupun sebagai infaq atau sedeqah Ramadhan. Infaq anda di Bulan yang penuh berkah ini akan diganjari berlipat kali ganda oleh Allah SWT sebagaimana janjiNYA. Amin 

Sila sumbang langsung kepada akaun-akaun berikut atau cek atas nama berikut: 

DANA KAMI PRIHATIN, 
BIMB 12113010026150

Pengerusi BAKP

Brig Jen (B) Hj Abdul Ghani Hj Mahluddin


© 2000 - 2009 powered by
www.doteasy.com