Sekapur Sireh 

Selamat Datang ke Laman Web Badan Amal 
Kami Prihatin (BAKP)

Badan Amal Kami Prihatin (BAKP) adalah badan NGO yang ditubuhkan bertujuan untuk menjaga perihal kebajikan masyarakat khususnya golongan yang tidak bernasib baik di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Menerusi badan ini, pelbagai bentuk sumbangan sama ada dalam bentuk wang ringgit mahupun sokongan moral telah dihulurkan kepada mereka yang berhak tanpa mengira warna kulit, kaum dan agama. 

“Kami Prihatin”
, begitulah slogan yang dipilih oleh BAKP yang sentiasa kami laungkan untuk memberi khabar gembira kepada mereka yang ditimpa musibah, golongan kurang upaya, anak-anak yatim dan lain-lain bahawa kami di sini senantiasa mendengar dan prihatin di atas nasib yang menimpa mereka.  

Diharapkan dengan laman web ini, para dermawan dapat mengenali kami dengan lebih dekat dan dapat bersama-sama kami menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih.

Pengerusi Badan Amal Kami Prihatin

Brig Jen (B) Hj Abdul Ghani Hj Mahluddin


© 2000 - 2009 powered by
www.doteasy.com